Tentang Academy
Titans East Coast Academy (TECA) ialah cawangan Pantai Timur di bawah Titans Agency, dengan fokus pembangunan usahawan belia secara berstruktur.
See details Hide details
Titans East Coast Academy
Titans East Coast Academy (TECA) adalah merupakan cawangan (Pantai Timur) Titans Agency (Head Quarter) yang berlokasi di Seremban Negeri Sembilan. Lain-lain cawangan adalah di utara (Titans Northern Region) dan selatan (Titans Southern Region).
Titans East Coast Region diselia oleh AD Fikri Ibrahim dibantu oleh RRS Pantai Timur yang berpangkalan di Kota Bharu Kelantan. Tumpuan utama rangkaian network adalah di negeri Pantai Timur - Kelantan, Terengganu, dan Pahang.
- Kelantan
- Terengganu
- Pahang
Objektif utama TECA adalah ingin mendedahkan seterusnya membimbing generasi belia yang mahu berdikari menjadi usahawan yang professional berkenaan KONSEP jualan, pemasaran dan personal branding. Dalam masa sama kami mencari dan menyaring sumber rakan niaga strategik baru yang mahu menjadi sebagian daripada keluarga Titans Malaysia. Sasaran kami adalah anak-anak muda dan belia Malaysia berumur 18 hingga 45 tahun.
Dari asas jualan, pemasaran & personal branding hingga ke pencapaian target dan pengawalan retensi, TECA akan berkongsi ilmu dan strategi yang betul dari langkah pertama usahawan berpandukan modul lengkap "The Titans High-Performance Success System™", iaitu sebuah Proven Method System yang diasaskan oleh Founder Titans - Master Kamal Idris, seorang mentor yang berpengalaman lebih 25 tahun dalam industri.
Sebagai melengkapi sistem latihan, TECA akan sentiasa memantau kemajuan peserta, dan menyokong setiap langkah mereka supaya kekal konsisten dan berkembang.
"Learn the Right Way, Earn More, Grow Fast - with Titans Monitoring You Every Step."